Setiap orang mempunyai minyak di kulit muka. Di bawah liang pori kita ada kelenjar sebacous yang fungsinya menghasilkan minyak semulajadi yang dipanggil sebum. Ini yang menjadikan kulit kekal sihat dan terhidrat.
Pencuci Muka Semulajadi Sesuai Untuk Kulit Berminyak
Kulit berminyak cenderung untuk menghasilkan minyak berlebihan yang seterusnya boleh mengakibatkan masalah kulit seperti liang pori besar serta jerawat. Penggunaan produk pencuci muka yang tidak sesuai boleh menyebabkan simptom kulit berminyak menjadi lebih teruk malah membawa kepada masalah kulit yang lain.
Apakah pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak? Jom baca selanjutnya.
Tips Penjagaan Kulit Muka Berminyak Untuk Elak Muka Mudah Breakout
Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza. Ada yang jenis berminyak dan ada yang jenis kering. Terdapat juga orang yang kulitnya berminyak disesetengah kawasan dan kering atau normal di kawasan lain, dan keadaan ini dipanggil kulit jenis kombinasi. Secara umumnya, bahagian dahi, hidung dan dagu lebih cenderung berminyak berbanding tempat lain.