Setiap orang mempunyai minyak di kulit muka. Di bawah liang pori kita ada kelenjar sebacous yang fungsinya menghasilkan minyak semulajadi yang dipanggil sebum. Ini yang menjadikan kulit kekal sihat dan terhidrat.
Tips Penjagaan Kulit Muka Berminyak Untuk Elak Muka Mudah Breakout
Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza. Ada yang jenis berminyak dan ada yang jenis kering. Terdapat juga orang yang kulitnya berminyak disesetengah kawasan dan kering atau normal di kawasan lain, dan keadaan ini dipanggil kulit jenis kombinasi. Secara umumnya, bahagian dahi, hidung dan dagu lebih cenderung berminyak berbanding tempat lain.