4 Tips Mudah Kecilkan Liang Pori Dengan Berkesan

Liang pori besar dan terbuka amat tidak disenangi bagi individu yang sangat menjaga dan mementingkan penampilan wajah. Liang pori besar menyebabkan wajah kelihatan kusam dan berusia. Ini sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Masalah liang pori besar cenderung dialami oleh mereka yang mempunyai kulit berminyak. Genetik dan penuaan juga antara faktor yang menyumbang kepada masalah pori besar. Walaupun liang pori besar bukanlah masalah kesihatan yang serius, tetapi ia perlu ditangani memandangkan pori yang besar dan terbuka cenderung untuk membawa kepada masalah kulit yang lain iaitu jerawat dan blackheads.

Jadi, dalam artikel kali ni, saya ingin kongsikan 4 tips mudah kecilkan liang pori dengan berkesan. Sebelum tu, jom kita ketahui punca-punca yang menyebabkan masalah pori besar. Dengan memahami puncanya, dapat membantu kita mencari penyelesaian terbaik kepada masalah liang pori besar ini.

 

Punca Liang Pori Besar

1. Kulit berminyak

Jika anda mempunyai kulit yang semulajadinya berminyak, kemungkinan anda juga akan mempunyai liang pori besar. Ini kerana bila minyak berlebihan, kotoran, dan sel-sel kulit mati berkumpul di liang pori, kulit akan membengkak seterusnya liang pori akan kelihatan lebih besar dari biasa.

2. Genetik

Jika anda mempunyai liang pori besar di wajah, kemungkinan ada dalam ahli keluarga anda turut mempunyai liang pori besar. Anda juga mungkin mewarisi kulit berminyak atau tebal, yang boleh menyebabkan liang pori kelihatan besar.

3. Penuaan

Semakin berusia, kulit akan kehilangan keanjalannnya disebabkan oleh kelenjar sebacous, aktiviti pembaharuan sel dan penghasilan kolagen dan elastin berkurangan. Ini boleh menyebabkan liang pori anda kelihatan besar.

4. Sinaran matahari

Berjemur di sinaran matahari terlalu lama boleh menyebabkan liang pori besar, dengan :

  • menebalkan sel permukaan kulit anda
  • mengurangkan kolagen, elastin dan kandungan air dalam kulit
  • mengecutkan tisu di bawah kulit, yang meregangkan liang pori anda

5. Jantina

Secara biologi, kaum lelaki mempunyai liang pori yang lebih besar dari wanita. Walau bagaimanapun, perubahan hormon, ketika kehamilan, haid dan akil baligh boleh menyebabkan liang pori kelihatan lebih besar pada kulit wajah wanita.

4 Tips Mudah Kecilkan Liang Pori

Memandangkan kita memang tidak boleh mengawal faktor genetik dan penuaan, tetapi ada beberapa tips yang boleh membantu mengecilkan liang pori atau dengan kata lain meminimakan penampilan liang pori di wajah. Jom ikuti 4 tips mudah kecilkan liang pori dengan berkesan.

 

Tips #1 : Amalkan rutin penjagaan kulit yang betul setiap hari

Memandangkan wajah kita sentiasa terdedah kepada kotoran, penting untuk mengamalkan rutin penjagaan kulit yang teratur setiap hari. Rutin penjagaan muka yang menggabungkan pengelupasan lembut, pembersihan dan pelembapan akan membantu memastikan liang-liang pori mengecil dan kurang kelihatan di wajah.

Jika mempunyai kulit jenis berminyak, pastikan produk yang digunakan berasaskan air (water-based). Ini penting kerana jika salah pilih produk, iaitu menggunakan produk berasaskan minyak (oil-based), ia boleh membawa kepada lebihan minyak pada kulit, dan menyebabkan liang pori kelihatan lebih besar.

 

Tips #2 : Singkirkan sel kulit mati di wajah

Sel-sel kulit mati, kotoran dan lebihan minyak boleh menyebabkan saiz liang pori besar. Dengan hanya mencuci muka sahaja masih belum dapat menjamin segala kekotoran ni hilang dari liang pori. Jadi, penting untuk memasukkan langkah pengelupasan kulit dalam rutin penjagaan kulit anda untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan segala kotoran dari liang pori.

Namun, jangan lakukan pengelupasan kulit lebih dari dua kali seminggu jika anda menggunakan produk pengelupasan yang mengandungi asid salisilat dan alkohol. Ini kerana bahan ni cenderung menyebabkan kulit jadi kering. Walaupun pengelupasan menjaga liang pori dari tidak tersumbat, liang pori boleh kelihatan lebih besar jika kulit menjadi terlalu kering.

 

Tips #3 : Jangan lupa bersihkan solekan sebelum tidur

Adalah penting untuk sentiasa membersihkan solekan sebelum tidur. Tidur dengan solekan di wajah pada waktu malam boleh membawa kepada liang pori tersumbat. Ini kerana solekan, minyak, dan bakteria terkumpul di dalam liang-liang pori.

Menggunakan tisu pembersih adalah cara yang cepat untuk membersihkan solekan jika anda kesibukan.

 

Tips #4 : Pakai pelindung matahari

Adalah penting untuk sentiasa melindungi kulit dari sinaran UV matahari. Terdedah terlalu lama di bawah sinaran UV memecahkan kolagen dan elastin, menyebabkan liang pori menjadi besar.

Selain itu, terdedah terlalu lama di bawah sinaran matahari, boleh menyebabkan kulit menjadi sangat kering. Apabila kulit kering, pori-pori mungkin kelihatan lebih besar. Jadi, pastikan anda sentiasa memakai pelindung matahari tidak kira ketika berada di dalam atau di luar rumah.

 

YOUTH Skincare Bantu Kecilkan Liang Pori Dengan Berkesan.

Nak kecilkan liang pori dengan cepat dan berkesan? Ada cara yang lebih mudah. Gunakan Youth Skincare iaitu produk penjagaan kulit terbaru dari Shaklee yang dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia. Youth merupakan 100% semulajadi dan dijamin BEBAS dari parabens, phtalates, hydroquinon dan mercury.

 

Rangkaian produk penjagaan wajah YOUTH yang lengkap dengan rutin pembersihan, pelembapan, pengelupasan lembut dan perlindungan wajah adalah pilihan terbaik untuk membantu kecilkan liang pori dengan berkesan.

Produk-produk Youth adalah :

  • 100% vegan
  • hipoalergenik
  • non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)
  • diuji oleh ahli dermatologi
  • diuji oleh ahli oftalmologi
  • bebas gluten

 

4 Langkah Mudah Kecilkan Liang Pori Dengan Youth

Langkah #1 : Bersihkan wajah dengan Luminous Gel Oil Cleanser

Pembersih wajah lembut ini adalah 3 dalam 1, tanpa buih dan pH seimbang yang menggabungkan campuran vitamin dan polifenol berpaten dari Ekstrak Muscadine Grape untuk melindungi dan membaiki sel kulit. Turut mengandungi Ekstrak Algae Hijau yang bertindak mengelupaskan kulit secara lembut untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dalam masa yang sama menghidratkan kulit.

 

Langkah #2 : Segarkan wajah dengan Perfecting Skin Toner

Penyegar wajah ini mengandungi campuran berpaten vitamin dan polifenol dari ekstrak Muscadine Grape serta Green Algae Complex yang meremajakan, bertindak membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit.

 

Langkah #3 : Rawat wajah dengan Youth Activating Serum

Produk yang ‘wajib ada’ dalam rangkaian Youth. Mengandungi vitamin A retinol berkapsul yang dikenali dengan kebaikan antipenuaan pada peringkat selular, Apple Stem Cell untuk menjana dan mempercepatkan perbaharui sel kulit dan lotus japonicus untuk menyokong penghasilan kolagen untuk kulit lebih berseri dan lebih muda.

 

Langkah #4a : Lindungi wajah dengan Age Defense Moisturizer

Melindungi, menyuburkan dan melembapkan kulit serta meningkatkan penampilan keseluruhan tona kulit.

 

Langkah #4b : Lembapkan wajah dengan Advanced Renewal Night Cream

Menyokong proses pembaharuan sel kulit agar kulit tampak lebih muda, halus dan berseri.

 

Dengan penggunaan set penjagaan kulit Youth secara konsisten, kesannya bukan sahaja membantu mengecilkan liang pori malah menjadikan kulit kelihatan lebih berseri dan muda remaja.

 

Testimoni Pengguna Youth

 

Ingin dapatkan rangkaian produk Youth Skincare?

Boleh dapatkannya melalui salah satu cara berikut :

1) Anda boleh walk-in ke mana-mana cawangan Shaklee seluruh malaysia (gunakan ID : 1147051 semasa proses pembelian)

2) Boleh beli secara online dengan menggunakan kad debit/kredit.

3) Boleh whatsapp saya untuk sebarang bantuan/belian.

 

Untuk pembelian online menggunakan kad kredit/debit, klik di bawah ini

 

Klik Sini Untuk Daftar Ahli Secara Online

 

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE DAN JANA INCOME 4 – 5 ANGKA SEBULAN?

Jom sertai team business kami.

 

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp / Call : 012-9402603
Fb Page : Kedai Doktorvitamin
Fb : shikin satiman
Ig : @vitamin_sihat_semulajadi

COD : Hulu Langat, Cheras, Bandar Tun Hussien Onn, Bandar Mahkota Cheras, Ampang, Kajang

 

You may also like

2 Comments

    1. Utk masalah pori wajah mmg sy highly recommend cuba pakai Youth..

      Sis boleh hubungi sy di 012-9402603 utk order dan tau lebih lanjut ttg Youth.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge