Cara Berkesan Atasi Masalah Liang Pori Besar Untuk Dapatkan Kulit Wajah Yang Flawless

Setiap wanita amat mementingkan penampilan kulit wajah. Semestinya kulit wajah yang cantik dan flawless adalah idaman bagi semua wanita. Jadi, bila memiliki kulit wajah dengan liang pori besar sudah tentu merisaukan mereka. Sebab itu ada sesetengah wanita sanggup berhabisan duit mencuba pelbagai jenis produk untuk menghilangkan pori.

Tapi, betul ke ada produk yang boleh menghilangkan pori besar? Malangnya, TIDAK. Saiz pori setiap individu ditentukan melalui genetik. Kalau dari lahir pori kita bersaiz besar, sampai bila-bila ianya akan kekal sama. Namun, jangan risau. Ada cara sebenarnya untuk buatkan liang pori nampak kecil. Artikel ini berkongsi tentang cara berkesan atasi masalah liang pori besar untuk dapatkan kulit wajah yang flawless.

 

 

Liang pori adalah lubang-lubang kecil di kulit kita. Ianya ada dua jenis iaitu liang pori yang mengeluarkan minyak dan yang satu lagi mengeluarkan peluh. Yang boleh menjejaskan penampilan wajah adalah liang pori yang mengeluarkan minyak. Pengumpulan minyak yang terlalu banyak di liang pori ditambah pula dengan kotoran dan makeup menjadikan pori tersumbat. Keadaaan ini menyebabkan pori merenggang dan kelihatan besar. Sebab itu orang yang mempunyai kulit berminyak biasanya mempunyai saiz pori yang lebih besar berbanding dengan mereka yang berkulit kering. Dan jika pori dibiarkan terus tersumbat, masalah jerawat, blackheads dan whiteheads pula akan timbul.

Hormon tak seimbang, penjagaan kulit wajah yang tidak betul serta faktor usia antara punca yang boleh menyebabkan liang pori besar. Walaupun adalah mustahil untuk hilangkan pori besar, namun ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk buatkan liang pori nampak kecil.

 

#Cara 1 : Cuci liang pori dengan betul

Memandangkan liang pori yang tersumbat boleh menyebabkan pori kelihatan besar, jadi amat penting untuk kita mencuci pori kita dengan cara yang betul. Cara yang berkesan untuk membersihkan liang pori dan menyingkirkan segala minyak, kotoran dan make up adalah dengan menggunakan kaedah ‘double cleansing’. Kaedah ini bermaksud kita melakukan dua kali pembersihan. Caranya, cuci wajah dengan pencuci berasaskan minyak (oil cleansing). Kemudian, bersihkan wajah dengan pencuci wajah rendah pH. Pencuci minyak bantu menyingkirkan lebihan minyak dan make up. Manakala, pencuci wajah rendah pH bantu menyingkirkan kotoran di pori.

Anda boleh cuba pencuci muka -> Youth Luminous Gel Oil Cleanser.

#Cara 2 : Gunakan produk yang mengandungi bahan yang bagus untuk liang pori

Tanah liat, peptides, bentonite dan kaolinite antara bahan yang bagus untuk penjagaan liang pori. Tanah liat sangat bagus dalam menyingkirkan dan menyerap minyak, kotoran dan sel kulit mati. Ia juga bantu menyejukkan kulit dan mengetatkan liang pori. Peptides bagus dalam menyuburkan dan menghidratkan kulit. Bentonite juga bagus dalam membuang minyak, dan kotoran manakala kaolinite bagus dalam penyerapan minyak dan mengekalkan penghasilan minyak yang normal.

 

#Cara 3 : Mulakan penjagaan anti-penuaan kulit

Semakin meningkat usia, penghasilan semulajadi kolagen dan elastin dalam tubuh berkurangan. Ini mengurangkan keanjalan kulit di sekitar liang pori dan menyebabkan ianya kelihatan besar. Ini adalah faktor yang kita tidak boleh nak elak. Namun, kita boleh mempertingkatkan kesihatan kulit dengan memulakan rutin penjagaan anti-penuaan untuk melawan penuaan pra-matang dan meningkatkan keanjalan kulit.

Anda boleh cuba produk anti-penuaan semulajadi -> Youth Skincare untuk dapatkan kulit yang kekal muda dan berseri.

 

#Cara 4 : Amalkan makanan yang bermanfaat untuk kesihatan pori.

Antara makanan yang boleh beri kesan baik pada liang pori adalah strawberi. Ianya kaya dengan vitamin C dan asid laktik yang boleh bantu mengetatkan liang pori dan menjadikan kulit lebih licin. Blueberi juga bagus untuk pori. Kaya dengan antioksidan yang bantu bukan sahaja mencerahkan kulit malah bagus untuk keanjalan kulit dan mengelakkan pori dari kelihatan besar. Selain itu, epal yang mengandungi pectin boleh bantu liang pori nampak kecil. Badam pula bagus dalam mengawal pengeluaran minyak dan sangat bagus dalam mengelak liang pori dari kelihatan besar.

 

#Cara 5 : Kekal hidrat

Selain penggunaan produk wajah yang betul, air juga memberi manfaat dalam mengecilkan pori dan meningkatkan kesihatan kulit secara menyeluruh. Pengambilan air yang mencukupi menjadikan badan kekal hidrat, dan juga bantu membuang toksin dari liang pori dan mempertingkatkan kesihatan kulit.

 

#Cara 6 : Amalkan pemakaian sunscreen

Lebih lama kulit anda terdedah kepada sinaran matahari, liang pori anda akan kelihatan lebih besar. Ini kerana, pendedahan berlebihan pada sinaran UV merosakkan kolagen yang menyokong dan memastikan liang pori ketat. Pengurangan keanjalan di sekitar liang pori antara punca utama liang pori kelihatan besar. Jadi, pastikan anda memakai pelindung matahari setiap hari tidak kira ketika berada di dalam atau di luar rumah.

Anda boleh cuba Youth Age Defense Moisturizer With SPF 50 untuk dapatkan perlindungan UV yang sempurna di samping membantu melembapkan kulit wajah.

 

Saya adalah wakil pengedar sah Shaklee dan Youth skincare.

Ingin dapatkan produk Shaklee dan rangkaian Youth Skincare?

Boleh gunakan salah satu cara berikut :

1) Anda boleh walk-in ke mana-mana cawangan Shaklee seluruh malaysia (gunakan ID : 1147051 semasa proses pembelian)

2) Boleh beli secara online dengan menggunakan kad debit/kredit.

3) Boleh whatsapp saya untuk sebarang bantuan/belian.

Untuk pembelian online menggunakan kad kredit/debit, klik di bawah ini

 

Klik Sini Untuk Daftar Ahli Secara Online

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE DAN JANA INCOME 4 – 5 ANGKA SEBULAN?

Jom sertai team business kami.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp / Call : 012-9402603
Fb Page : Kedai Doktorvitamin
Fb : shikin satiman
Ig : @vitamin_sihat_semulajadi

COD : Hulu Langat, Cheras, Bandar Tun Hussien Onn, Bandar Mahkota Cheras, Ampang, Kajang

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge