Cara Kurangkan Asid Urik Tinggi Dalam Tubuh Secara Semulajadi

Asid urik merupakan sisa buangan bertoksik yang terhasil dari penguraian purin, iaitu sebatian semulajadi yang terkandung dalam sesetengah makanan dan juga tisu tubuh badan. Biasanya asid urik yang terhasil ni akan larut dalam darah dan kemudiannya melalui buah pinggang dan di buang ke dalam urin. Kesihatan tubuh boleh terjejas sekiranya asid urik yang dihasilkan oleh tubuh terlalu banyak atau badan tidak dapat menyingkirkan asid urik secukupnya sehingga menyebabkan paras asid urik meningkat dalam tubuh.

 

Tahap asid urik yang tinggi dalam tubuh boleh membawa kepada sakit gout, iaitu keadaan di mana kristal pepejal terbentuk di bahagian sendi yang menyebabkan kesakitan pada individu yang mengalaminya. Bagi kes-kes yang teruk, asid urik yang tinggi boleh menyebabkan batu karang dan juga kegagalan buah pinggang.

Jadi, amat penting bagi kita untuk mengawal paras asid urik dalam tubuh. Bagaimana caranya? Boleh ikuti beberapa cara kurangkan asid urik tinggi dalam tubuh secara semulajadi yang saya kongsikan di bawah.

 

Cara Kurangkan Asid Urik Tinggi Secara Semulajadi

Cara #1 : Cuka Epal

 

Campurkan satu sudu teh cuka epal ke dalam segelas air dan cuba amalkan setiap hari. Cuka epal bertindak seperti pembersih semula jadi dan penyahtoksik. Ia mengandungi asid malic yang membantu dalam memecahkan dan mengeluarkan asid urik dari badan. Buah epal juga mempunyai asid malic dan anda disarankan makan sekurangnya satu biji setiap hari.

 

Cara #2 : Jus Lemon

Amalkan minum jus lemon sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jus lemon mengandungi asid sitrik yang membantu melarutkan asid urik. Anda juga digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren dan jambu batu.

Cara #3 : Buah dan sayuran yang kaya dengan antioksida

 

Satu kajian yang dijalankan oleh University Maryland mencadangkan perbanyakkan buah kaya antioksida seperti ceri, blueberi dan strawberi. Buah beri berkulit gelap mengandungi flavonoid yang dikenali sebagai antocyanins yang membantu mengurangkan keradangan dan kekakuan. Makanan beralkali seperti tomato dan ‘bell peppers’ juga membantu dengan menyeimbangkan paras asid dalam tubuh.

 

Cara #4 : Biji saderi

 

Biji saderi kaya dengan asid lemak omega-6 dan juga minyak diuretik yang lain. Merupakan diurektik yang kuat, ia membantu dalam membersihkan cecair berlebihan dengan merangsang buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik. Biji saderi juga menjadikan darah beralkali serta mengurangkan keradangan dalam badan. Disarankan mengambil setengah sudu teh biji saderi kering sekali sehari disertai dengan pengambilan air yang banyak.

 

Cara #5 : Makanan tinggi serat

 

Kajian dari University Maryland turut mencadangkan anda meningkatkan pengambilan makanan tinggi serat dalam diet seharian untuk mengawal asid urik dalam darah. Serat membantu menyerap lebihan asid urik dalam darah dan membantu menyingkirkan asid ini dari tubuh. Oat, pisang dan gandum adalah sumber serat larut yang bagus.

Cara #6 : Pengambilan suplemen antioksida

 

Pemakanan sahaja tidak cukup untuk melengkapkan keperluan nutrien yang tubuh perlukan. Jadi, pengambilan suplement membantu mengisi jurang nutrisi supaya sistem tubuh dapat berfungsi lebih baik. Untuk bantu menurunkan paras asid urik, disarankan ambil Vivix dan Alfalfa Complex.

Ramuan Vivix yang kaya dengan polifenol termasuk resveratrol dan antocyanins dapat bantu mengurangkan asid urik dalam tubuh dan juga mengurangkan keradangan dan kekakuan sendi. Alfalfa Complex pula bantu tubuh menyingkirkan toksin dan juga bantu dalam pengalkalian tubuh.

 

Ingin dapatkan produk Shaklee?

Boleh dapatkannya melalui salah satu cara berikut :

1) Anda boleh walk-in ke mana-mana cawangan Shaklee seluruh malaysia (gunakan ID : 1147051 semasa proses pembelian)

2) Boleh beli secara online dengan menggunakan kad debit/kredit.

3) Boleh whatsapp saya untuk sebarang bantuan/belian.

 

Untuk pembelian online menggunakan kad kredit/debit, klik di bawah ini

 

Klik Sini Untuk Daftar Ahli Secara Online

 

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE DAN JANA INCOME 4 – 5 ANGKA SEBULAN?

Jom sertai team business kami.

 

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp / Call : 012-9402603
Fb Page : Kedai Doktorvitamin
Fb : shikin satiman
Ig : @vitamin_sihat_semulajadi

COD : Hulu Langat, Cheras, Bandar Tun Hussien Onn, Bandar Mahkota Cheras, Ampang, Kajang

 

 

 

 

 

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge