Kebaikan Dan Manfaat Vivix Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik

Vivix semakin mendapat tempat di kalangan para pengguna yang inginkan tahap kesihatan yang lebih baik. Ramai pengguna yang telah mendapat manfaat kesihatan dengan pengambilan Vivix Shaklee. Dengan permintaan yang tinggi terhadap Vivix, maka tidak hairanlah Vivix antara produk best seller Shaklee di Malaysia. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang bagus dengan Vivix ni. Justeru, entri ini ingin berkongsi dengan anda semua tentang kebaikan dan manfaat Vivix untuk kesihatan yang lebih baik.

Apa itu Vivix?

Vivix merupakan minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, European Elderberry dan Purple Carrot. Campuran unik ini kaya dengan pelbagai polifenol termasuklah resveratrol.

Polifenol adalah kumpulan bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan dan buah-buahan, yang memberikan tanaman ini warna disamping  bertindak melindungi mereka dari serangan penyakit. Polifenol mempunyai khasiat antioksida yang sangat berkuasa yang bermanfaat pada kesihatan tubuh kita di mana ia bertindak melindungi sel kita dari kerosakan radikal bebas.

Kesihatan sel tubuh kita amatlah penting. Bila sel tubuh kita sihat, ia akan berfungsi dengan efektif. Kesannya, sistem tubuh kita turut berfungsi dengan lebih baik dan kita bebas untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Namun, setiap hari sel tubuh kita terdedah kepada kerosakan disebabkan oleh diet yang tak seimbang, pencemaran toksin, sinaran UV, tekanan dan juga tidur yang tidak mencukupi.

Jadi, dengan memastikan sel kita mendapat nutrien terbaik, kesihatan tubuh akan lebih terjamin. Dan Vivix adalah pilihan terbaik dan selamat untuk bantu memastikan sel kita sentiasa mendapat perlindungan dari kerosakan untuk kesihatan dan kehidupan yang lebih baik, lebih lama.

 

Ramuan Utama Vivix

#Ramuan 1 : Anggur Muscadine

  • Mempunyai satu kromosom tambahan yang menyediakan polifenol unik asid ellagic dan ellagitannins, yang boleh menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel abnormal.
  • lengkap dengan polifenol seperti resveratrol dan quercetin
  • Meningkatkan pengeluaran tenaga selular dan panjang umur

 

#Ramuan 2 : Polygonum Cuspidatum

  • kaya dengan polifenol yang dipanggil resveratrol. Kajian mendapati resveratrol mempunyai manfaat kesihatan seperti :
    • anti-keradangan
    • meningkatkan peredaran darah
    • mengurangkan pengumpulan platlet darah

 

#Ramuan 3 : European Elderberry

  • kaya dengan polifenol antocyanins. Kajian menunjukkan  polifenol ini membantu :
    • mengurangkan kerosakan radikal bebas
    • meningkatkan fungsi sistem imun

 

#Ramuan 4 : Purple Carrot

  • Mengandungi polyphenol anthocyanins. Ia mempunyai kuasa antioksidan yang kuat, membantu :
    • menggalakkan penglihatan yang sihat
    • meningkatkan kesihatan salur darah
    • mengurangkan keradangan

 

Manfaat Polifenol Dalam Vivix Untuk Kesihatan Tubuh

#1 Menggalakkan fungsi jantung yang sihat

Sebagai organ yang paling bekerja keras dalam badan kita, jantung patut mendapat nutrisi terbaik. Polifenol bertindak sebagai antioksida yang sangat baik dan bermanfaat dalam mengekalkan fungsi jantung yang sihat seperti meningkatkan aliran darah, menggalakkan penyempitan saluran darah yang normal dan sihat untuk mengekalkan fungsi saluran darah optimum.

Pelbagai kajian menunjukkan polifenol bantu dalam menggalakkan fungsi jantung yang sihat dengan cara:

  • mengurangkan keradangan dalam salur darah
  • Menggalakkan lapisan salur darah yang sihat
  • menggalakkan tekanan darah yang sihat
  • Mengekalkan tahap pengumpalan platlet yang sihat

 

#2 Mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat

Tahap glukosa darah bergantung kepada apa dan berapa banyak yang anda makan, serta bagaimana tahap keberkesan badan anda menghasilkan dan menggunakan insulin, yang berfungsi mengangkut glukosa ke dalam sel anda. Tahap glukosa darah yang lebih sihat merendahkan risiko anda untuk mendapat penyakit metabolik sindrom seperti kencing manis.

Kajian klinikal terkini menunjukkan bahawa polifenol mempunyai potensi untuk mengekalkan tahap glukosa yang sihat dengan:

  • mengawalselia penyerapan glukosa
  • meningkatkan sensitiviti insulin
  • Merangsang rembesan awal insulin
  • meningkatkan pemecahan glukosa

#3 Meningkatkan kesihatan kulit dan menambahbaik keserian kulit

Mempunyai kulit yang lembut, segar dan berseri adalah impian setiap wanita. Ia boleh menjadi milik anda dengan polifenol, di mana ia menyokong penghasilan kolagen untuk menganjalkan kulit yang menghalang garis halus dan kekenduran serta menggalakkan pembentukan tisu yang sihat.

Kajian klinikal terkini menunjukkan bahawa polifenol mempunyai potensi dalam mempromosikan kulit yang sihat, berseri dengan:

  • melindungi kulit dari kerosakan UV
  • Mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan garis halus
  • Menyokong pengeluaran kolagen yang sihat
  • Menggalakkan kulit yang lebih anjal dan kelihatan muda

 

 

You may also like

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge