Punca Kulit Muka Berminyak Dan Cara Untuk Mengawalnya

Setiap orang mempunyai minyak di kulit muka. Di bawah liang pori kita ada kelenjar sebacous yang fungsinya menghasilkan minyak semulajadi yang dipanggil sebum. Ini yang menjadikan kulit kekal sihat dan terhidrat.

Bagi sesetengah orang, kelenjar sebacous menghasilkan sebum berlebihan yang menjadikan kulit berminyak. Simptom yang biasanya dialami adalah kulit sentiasa kelihatan berkilat dan berminyak, penampakan liang pori, dan mudah naik jerawat. Artikel kali ni berkongsi tentang punca kulit berminyak dan cara untuk atasinya.

 

Punca kulit muka berminyak

Kulit berminyak boleh terjadi disebabkan oleh genetik, persekitaran dan faktor cara hidup. Memandangkan anda tidak mungkin dapat hilangkan kulit berminyak, tetapi anda boleh mengambil beberapa langkah untuk mengawal simptomnya. Kunci utama adalah dengan mengenalpasti puncanya.

 

Punca #1: Genetik

Kulit jenis berminyak cenderung untuk diwarisi oleh ahli keluarga. Jika ibu bapa anda mempunyai kulit jenis berminyak, anda juga biasanya memiliki kelenjar sebacous yang terlebih produktif.

 

Punca #2: Umur

Anda tidak semestinya akan mempunyai kulit berminyak selamanya. Bila semakin berusia, kulit akan kurang menghasilkan sebum. Penuaan kulit menyebabkan protin seperti kolagen berkurangan, dan kelenjar sebacous semakin perlahan aktivitinya.

Ini antara sebab kenapa mereka yang alami penuaan kulit mempunyai kulit kering. Dan ketika inilah garis halus dan kedut akan mula kelihatan.

Bagi yang kulit berminyak, kulit muka anda tidak akan menunjukkan tanda penuaan secepat yang mempunyai kulit kering.

Jika di kira pada faktur usia, golongan muda remaja lebih cenderung untuk alami kulit berminyak.

 

Punca #3: Liang pori besar

Kadangkala, liang pori anda meregang akibat pertambahan usia, turun naik berat badan, dan juga kesan jerawat sebelumnya. Liang pori yang lebih besar cenderung menghasilkan lebih banyak minyak.

Klik sini – – > Tips Kecilkan Liang Pori Dengan Berkesan

Punca #4: Penggunaan produk skincare yang tak sesuai

Kulit berminyak boleh juga disebabkan oleh penggunaan produk skincare yang salah, tidak sesuai dengan jenis kulit.

Pemilihan produk skincare yang sesuai untuk kulit berminyak memberi impak besar pada kadar sebum yang tinggal di muka.

Klik sini – – >Produk Skincare Semulajadi Sesuai Untuk Kulit Berminyak

 

Punca #5: Berlebihan dalam rutin penjagaan kulit

Mencuci muka atau memperhaluskan kulit muka terlalu kerap boleh menyebabkan kulit berminyak. Tindakan ini menyebabkan terlebih banyak minyak disingkirkan. Ini memberi signal kepada kelenjar sebacous untuk menghasilkan lebih banyak sebum bagi meimbangi minyak yang hilang.

Klik sini РР> Tips Penjagaan Kulit Berminyak Untuk Elak Muka Mudah Breakout. 

 

Punca #6: Tidak memakai pelembap muka

Ramai yang mungkin menganggap pelembap muka menyebabkan kulit berminyak. Mitos sebenarnya. Malah, jika anda menggunakan rawatan jerawat seperti asid salisilat atau benzoyl peroksida, anda pasti memerlukan pelembap yang baik untuk memastikan kulit tidak menjadi kering. Tanpa pelembap, mana-mana jenis kulit pun akan kering.

Yang penting di sini adalah memilih pelembap yang betul dan sesuai. Pelembap muka yang ringan dan berasaskan air sesuai untuk kulit berminyak.

 

Cara Mengawal Kulit Berminyak

Agak sukar untuk mengatasi kulit berminyak lagi-lagi jika anda mengalaminya disebabkan faktor genetik. Langkah yang boleh diambil adalah dengan mengawal simptomnya. Berikut antara tips yang anda boleh ikuti.

1. Minum air secukupnya. Air sangat penting untuk tubuh kekal hidrat dan singkirkan toksin.

2. Elakkan atau hadkan pengambilan makanan tinggi lemak, gula dan garam. Makanan proses, karbohidrat ringkas dan minuman bergas boleh menyebabkan pengeluaran sebum yang berlebihan.

3. Banyakkan makanan kaya dengan vitamin C, karotenoid dan vitamin E.

4. Ambil makanan kaya dengan lemak sihat.

5. Amalkan rutin penjagaan wajah yang betul dengan konsisten.

6. Pilih produk penjagaan kulit dan kosmetik yang khusus direka untuk kulit jenis berminyak.

 

 

Saya adalah wakil pengedar sah Shaklee dan Youth skincare.

Ingin dapatkan produk Shaklee dan rangkaian Youth Skincare?

Boleh gunakan salah satu cara berikut :

1) Anda boleh walk-in ke mana-mana cawangan Shaklee seluruh malaysia (gunakan ID : 1147051 semasa proses pembelian)

2) Boleh beli secara online dengan menggunakan kad debit/kredit.

3) Boleh whatsapp saya untuk sebarang bantuan/belian.

Untuk pembelian online menggunakan kad kredit/debit, klik di bawah ini

 

Klik Sini Untuk Daftar Ahli Secara Online

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE DAN JANA INCOME 4 – 5 ANGKA SEBULAN?

Jom sertai team business kami.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp / Call : 012-9402603
Fb Page : Kedai Doktorvitamin
Fb : shikin satiman
Ig : @vitamin_sihat_semulajadi

COD : Hulu Langat, Cheras, Bandar Tun Hussien Onn, Bandar Mahkota Cheras, Ampang, Kajang

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge