Petua Semulajadi Hilangkan Bekas Jerawat Degil Dengan Berkesan

Bila timbul jerawat di muka lagi-lagi yang besar dan bernanah amatlah menyakitkan dan memalukan. Yang lagi teruk, bila jerawat ni meninggalkan bekas atau parut yang menghantui diri kita bertahun-tahun lamanya.

Diakui memang bukan mudah untuk menghilangkan bekas jerawat yang telah lama menghuni kulit muka kita. Namun, jika kena caranya, ianya boleh diatasi dengan cepat dan berkesan. Dalam entri ni, saya ingin berkongsi 8 petua semulajadi hilangkan bekas jerawat degil dengan berkesan.

 

Petua Semulajadi Hilangkan Bekas Jerawat Degil Dengan Berkesan

 

#Petua 1: Minyak Kelapa

 

Minyak kelapa mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit. Ia kaya dengan antioksida serta vitamin E dan K yang membaiki kulit anda dan menggalakkan pertumbuhan tisu kulit yang sihat. Ciri-ciri anti-radang dan antimikrobik minyak kelapa boleh menghalang permukaan kulit mendapat luka jerawat baru.

Apa yang diperlukan :

1 sudu teh minyak kelapa (minyak kelapa dara pilihan terbaik)

Caranya :

1. Ambil satu sudu teh minyak kelapa dan gosokkan pada kedua-dua tapak tangan.

2. Sapukan ke muka dengan cara tepuk (dab) atau urut secara lembut, tumpukan pada bahagian yang ada bekas jerawat.

3. Biarkan semalaman dan cuci muka pada keesokkan pagi.

4. Lakukan setiap hari atau selang sehari.

 

#Petua 2: Aloe vera

Aloe vera mengandungi polysaccharides dan gibberellins yang meningkatkan penyembuhan kulit yang rosak dan berparut. Ia juga mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang menggalakkan pembaikan kulit yang rosak.

Apa yang diperlukan:

Gel aloe vera

Caranya:

1. Ekstrak gel dari daun aloe vera

2. Sapukan rata pada bahagian kulit yang terjejas

3. Biarkan semalaman.

4. Lakukan setiap hari.

 

#Petua 3: Soda penaik

 

 

Soda penaik mempunyai sifat pengelupasan yang membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati. Soda baking yang bersifat alkali mengembalikan semula pH kulit anda, dengan itu membantu anda menangani jerawat serta parut jerawat.

Apa yang diperlukan:

2 sudu besar soda penaik

1 sudu besar air

Caranya:

1. Campurkan 2 sudu besar soda penaik dengan 1 sudu besar air.

2. Ratakan ke bahagian kulit yang terjejas.

3. Biarkan kering dan kemudian cuci sehingga bersih.

4. Untuk kesan terbaik, lakukan setiap hari.

 

#Petua 5: Jus Lemon

 

 

Jus lemon mempunyai ciri-ciri pencerahan kulit yang dapat membantu dalam memudarkan parut jerawat lebih cepat.

Apa yang diperlukan:

Jus lemon

Kapas muka

Caranya:

1. Perahkan lemon untuk dapatkan jusnya.

2. Tekapkan kapas muka dan sapukan pada wajah yang berparut. Biarkan selama 10 minit. Kemudian, bilas wajah.

3. Lakukan setiap dua atau tiga hari sekali.

4. Jangan dedahkan wajah secara langsung di bawah sinaran matahari selepas lakukan rawatan ni. Ini kerana jus lemon menjadikam kulit lebih sensitif pada sinaran UV.

 

#Petua 6: Kunyit

 

Kunyit adalah satu lagi cara yang baik untuk mencerahkan bekas jerawat dan tona kulit anda. Ciri-ciri anti-radang dan antioksida kunyit mempercepat penyembuhan tisu berparut dan meningkatkan kualiti kulit.

Apa yang diperlukan:

1-2 sudu besar serbuk kunyit

1/2 lemon

Caranya:

1. Campurkan 2 sudu serbuk kunyit dengan jus lemon.

2. Sapukan campuran ni ke seluruj wajah.

3. Biarkan ia meresap dan bertindak pada wajah selama 30 minit. Kemudian, cuci bersih.

4. Lakukan selang sehari.

 

#Petua 7: Vitamin Untuk Kulit

Vitamin C, E, dan A adalah bagus untuk kulit anda.

Terdedah kepada sinaran matahari terlalu lama boleh menghilangkan vitamin A dari kulit, menyebabkan kedutan, kecacatan, dan parut. Vitamin E membantu dalam meningkatkan kesihatan kulit anda.

Potensi antioksida vitamin C menjadikannya bermanfaat dalam penyembuhan dan pembaikan tisu kulit anda. Ia meningkatkan bekalan kolagen, dengan itu membantu masalah parut dan kecacatan di wajah.

Anda boleh mendapatkan dos harian vitamin ini dengan memakan buah-buahan sitrus, sayur-sayuran berdaun, ikan, keju, avokado dan bayam.

Sebagai sokongan, boleh dapatkan vitamin-vitamin ini melalui pengambilan supplemen semulajadi seperti Vita-C Plus, Vita-E Complex dan Carotomax dari Shaklee untuk melengkapkan keperluan nutrisi tubuh.

 

#Petua 8: Penjagaan kulit semulajadi

 

Cara paling mudah, cepat dan berkesan adalah dengan menggunakan rangkaian produk YOUTH. Penggunaan YOUTH secara berterusan boleh bantu menghilangkan bekas jerawat degil dengan berkesan.

[Klik Sini Untuk Info Lanjut YOUTH Skincare]

Saya sendiri mempunyai masalah bekas jerawat degil yang sangat susah untuk hilang. Dah cuba bermacam-macam cara, namun masalah ini masih belum dapat diatasi.

Namun, selepas konsisten menggunakan YOUTH, kualiti kulit semakin baik dan yang penting, masalah bekas jerawat yang saya alami menunjukkan peningkatan positif. Bekas jerawat menjadi semakin pudar dan hilang.

 

 

Saya sendiri amat berpuas hati dengan kesan penggunaan YOUTH. Bukan saya sahaja, malah ramai lagi pengguna YOUTH telah mendapat kesan yang mereka harapkan.

[Klik Sini Untuk Lihat Koleksi Testimoni Pengguna YOUTH]

 

Ingin dapatkan rangkaian Youth Skincare?

Boleh gunakan salah satu cara berikut :

1) Anda boleh walk-in ke mana-mana cawangan Shaklee seluruh malaysia (gunakan ID : 1147051 semasa proses pembelian)

2) Boleh beli secara online dengan menggunakan kad debit/kredit.

3) Boleh whatsapp saya untuk sebarang bantuan/belian.

Untuk pembelian online menggunakan kad kredit/debit, klik di bawah ini

Klik Sini Untuk Daftar Ahli Secara Online

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE DAN JANA INCOME 4 – 5 ANGKA SEBULAN?

Jom sertai team business kami.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp / Call : 012-9402603
Fb Page : Kedai Doktorvitamin
Fb : shikin satiman
Ig : @vitamin_sihat_semulajadi

COD : Hulu Langat, Cheras, Bandar Tun Hussien Onn, Bandar Mahkota Cheras, Ampang, Kajang

You may also like

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge