Tips Penjagaan Kulit Muka Berminyak Untuk Elak Muka Mudah Breakout

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza. Ada yang jenis berminyak dan ada yang jenis kering. Terdapat juga orang yang kulitnya berminyak disesetengah kawasan dan kering atau normal di kawasan lain, dan keadaan ini dipanggil kulit jenis kombinasi. Secara umumnya, bahagian dahi, hidung dan dagu lebih cenderung berminyak berbanding tempat lain.

Kulit muka berminyak perlukan penjagaan yang betul. Ini kerana muka berminyak mudah untuk breakout dan pori turut kelihatan besar. Bila timbul masalah kulit, ini pasti akan mengurangkan keyakinan diri untuk berhadapan orang ramai. Jom baca selanjutnya tips penjagaan kulit berminyak untuk elak muka mudah breakout.

 

Tips Penjagaan Kulit Muka Berminyak

Kulit muka berminyak terjadi bila kelenjar sebaceous menghasilkan sebum berlebihan dari yang diperlukan. Sebum penting untuk melindungi dan beri hidrasi pada kulit. Bagaimanapun, terlalu banyak sebum boleh mengakibatkan kulit berminyak, menyumbatkan pori dan menyebabkan muka berjerawat.

Simptom yang biasa dialami oleh mereka yang alami kulit berminyak termasuklah

  • Muka kelihatan berkilat dan berminyak
  • Liang pori sangat besar atau kelihatan ketara di muka
  • Kulit muka tebal dan kasar
  • Jerawat mudah naik
  • Pori tersumbat dan blackhead

 

Simptom kulit berminyak ni berbeza bagi setiap orang. Genetik mungkin memainkan peranan sejauh mana muka sesorang itu kelihatan berminyak. Punca lain kulit berminyak boleh jadi disebabkan perubahan hormon atau tahap tekanan yang mempengaruhi peningkatan pengeluaran sebum oleh tubuh.

Di sini, saya kongsikan beberapa tips penjagaan kulit yang boleh bantu mengawal pengeluaran sebum untuk elak muka terdedah kepada masalah kulit yang tidak diingini.

 

#1 Pastikan cuci muka dengan bersih

 

Untuk mengawal lebihan minyak, cara efektif adalah dengan mencuci muka dan memastikan ia sentiasa bersih.

Penting untuk mencuci muka sebaiknya dua atau tiga kali sehari untuk menyingkirkan segala kekotoran dan minyak yang terkumpul yang boleh mengakibatkan pori tersumbat dan jerawat. Tapi, jangan mencuci lebih dari tiga kali kerana ia boleh merangsang kulit menghasilkan lebih banyak minyak.

Gunakan tangan ketika mencuci muka. Jangan guna bahan kasar seperti kain, tuala atau span yang kasar.

Pilih juga pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak seperti yang mengandungi benzoyl peroxide, glycolic acid yang bermanfaat untuk kulit berminyak.

 

#2 Scrub bagus untuk kulit berminyak

Memperhaluskan (exfoliate) kulit berminyak sekali atau dua kali seminggu merupakan satu lagi tips penting bagi kulit berminyak. Lebihan sebum yang dihasilkan membawa kepada sel kulit mati di permukaan kulit, menyebabkan jerawat, whiteheads, dan blackheads dan juga kulit kelihatan kusam.

Untuk menyingkirkan kotoran dan sel-sel kulit mati dan memperbaharui permukaan kulit, dan juga untuk mencegah jerawat, masukkan langkah memperhaluskan kulit dalam rutin penjagaan kulit anda. Tetapi harus diingat, lakukan langkah memperhaluskan kulit yang lembut dan jangan menggosok kulit anda secara kasar.

 

#3 Gunakan masker muka

Sesetengah masker muka bermanfaat untuk mengatasi kulit berminyak. Pilih yang mengandungi bahan seperti berikut:

  • Tanah liat (clay) – Masker yang mengandungi mineral seperti smektit atau bentonit boleh menyerap minyak dan mengurangkan kulit berkilat dan kadar sebum tanpa mengakibatkan iritasi kulit. Gunakannya sekali-sekala untuk mengelakkan kulit kering, dan sapu pelembap lembut selepas itu.
  • Madu – Kajian mendapati madu mentah semulajadi mempunyai ciri antibakteria dan antiseptik. Penggunaan masker madu selama 10 minit boleh mengurangkan jerawat dan kulit berminyak dan menjadikan kulit lembut.
  • Oatmeal – Masker yang mengandungi oatmeal koloid boleh membantu membersihkan kulit.  Oat mengandungi saponin lembut yang membersihkan, antioksidan, dan sebatian anti-radang yang boleh menenangkan kulit yang merengsa.

 

#4 Guna penyegar tanpa alkohol

Penyegar akan membantu menghilangkan minyak berlebihan dan menghilangkan kotoran dari kulit anda. Penjagaan kulit dengan rosewater adalah toner yang sangat baik. Penyegar yang bebas alkohol boleh digunakan untuk mengawal sebum.

 

#5 Jangan tinggalkan pelembap

Kulit berminyak juga memerlukan pelembap dan penghidratan. Dengan membiarkan kulit tanpa kelembapan hanya akan menggalakkan kelenjar sebum untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengimbanginya.

Pilih pelembap jenis bebas minyak dan non-comedogenic (tak menyumbatkan pori).

Pelembap mengandungi dimethicone juga bagus untuk kulit berminyak. Ia buakan penampilan wajah mempunyai kesan matte, melindungi kulit dari kelihatan berminyak.

 

Cara Mencegah Kulit Berminyak.

Kulit berminyak yang dikaitkan dengan genetik agak sukar untuk dicegah. Begitu juga yang disebabkan oleh perubahan hormon sukar dikawal.

Jadi, pencegahan terbaik untuk kulit berminyak adalah dengan menjalani rutin penjagaan kulit yang sesuai dengan konsisten serta menggunakan rangkaian produk yang ideal untuk kulit berminyak. 
Ramai juga yang mengatakan diet mereka mempengaruhi kondisi kulit.  Jadi, untuk mengurangkan simptom kulit berminyak, banyakkan minum air, elakkan makanan berminyak dan lemak trans, dan makan makanan yang lengkap dengan makanan keseluruhan.

 

Tercari-cari skincare yang ideal untuk kulit berminyak. Boleh lihat video ni.

 

Saya adalah wakil pengedar sah Shaklee dan Youth skincare.

Ingin dapatkan produk Shaklee dan rangkaian Youth Skincare?

Boleh gunakan salah satu cara berikut :

1) Anda boleh walk-in ke mana-mana cawangan Shaklee seluruh malaysia (gunakan ID : 1147051 semasa proses pembelian)

2) Boleh beli secara online dengan menggunakan kad debit/kredit.

3) Boleh whatsapp saya untuk sebarang bantuan/belian.

Untuk pembelian online menggunakan kad kredit/debit, klik di bawah ini

 

Klik Sini Untuk Daftar Ahli Secara Online

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE DAN JANA INCOME 4 – 5 ANGKA SEBULAN?

Jom sertai team business kami.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp / Call : 012-9402603
Fb Page : Kedai Doktorvitamin
Fb : shikin satiman
Ig : @vitamin_sihat_semulajadi

COD : Hulu Langat, Cheras, Bandar Tun Hussien Onn, Bandar Mahkota Cheras, Ampang, Kajang

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge